Tuesday, March 18, 2008

GUARANA - HERBA PENYEMBUH


GUARANA

Guarana atau nama saintifiknya Paullinia Cupana ialah sejenis tumbuhan berasal dari hutan hujan Amazon, Brazil. Ianya merupakan tumbuhan menjalar yang berasal dari daerah Manaus dan Parintins. Buahnya kecil, bulat, berwarna merah terang dan tumbuh berkelompok. Apabila ia masak, buahnya akan merkah dan biji hitam akan tersembul keluar seolah-olah seperti biji mata.

Semenjak berabad yang lalu, faedah-faedah Guaran telah ditemui oleh para peneroka dan perintis.

Pengkaji Eropah telah mula mengkaji Guarana (di Perancis dan Jerman) pada tahun 1940an, mendapati bahawa orang India menggunakannya untuk menyembuhkan deman, kekejangan dan sebagai tonik tenaga.

Guarana juga mempunyai kesan terapeutik, jadi ia digelar sebagai “Buah sumber tenaga, buah awet muda dan hadiah dari tuhan.

Khasiat Guarana

Guarana telah digunakan secara tradisional untuk sakit kepala dan migraine. Pada tahun 1977, kajian mendapati bahawa tumbuhan ini mempunyai aktiviti melegakan kesakitan, yang boleh menjelaskan bahawa kegunaannya tidak terhad kepada masalah sakit kepala, malah sakit saraf, sengal-sengal pinggang dan penyakit sendi.

Pada tahun 2001, di Amerika Syarikat, satu paten telah difailkan terhadap kombinasi tumbuh-tumbuhan, termasuk Guarana untuk melegakan kesakitan dan lain simpton yang berlainan dengan migraine dan sakit kepala.

Kandungan Guarana

1. Asid-asid amino: Lysine, Histidine, Arginine, Asid Aspartic, Threonine, Serine, Asid Glutamic, Proline, Glycine. Alanine, Half Cystine, Valine, Methionine, Isoleucinine, Leucine, Tyrosine, Phenylatanine.
2. Zat-zat galian: Kalium, Fosforus, Kalsium, Besi dan Zink
3. Vitamin: Vitamin B1,B2,B6,B12 dan E.
4. Asid Tanin
5. Alkaloids
6. Karbonhidrat

Kegunaan utama Guarana

• Meningkatkan ketajaman dan kepekaan mental
• Untuk memberi keseimbangan dan menguatkan hati
• Menahan selera dan meningkatkan pembakaran lemak
• Membersih darah, menghalang darah melekit dan darah beku
• Melegakan sakit kepala dan migraine
• Menurunkan suhu badan bagi mengelakkan panas melampau.
• Guarana juga digunakan sebagai produk penjagaan badan selulit. Guaran juga telah digunakan sebagai bahan dalam syampu rambut untuk rambut yang berminyak dan sebagai bahan dalam produk-produk masalah rambut gugur.

Kesan Guarana

1. Guarana memberi khasiat lengkap yang diperlukan oleh badan kita untuk mendorong tumbesaran, merangsang otak, meningkatkan ingatan khasnya diantara kanak-kanak dan remaja.
2. Guarana dapat menurunkan kolesterol, menguatkan dinding saluran darah, mencegah penyakit yang berkaitan dengan saluran darah, menguatkan jantung, mencegah penyakit myocardial dan penyakit jantung.
3. Guarana mengaktifkan dan memantapkan sel-sel hati, meningkatkan fungsi hati dan mengatasi masalah yang berpunca dari kelemahan hati.
4. Guarana meningkatkan selera makan, fungsi usus, perut dan system penghadaman.
5. Guarana meningkatkan metabolisme, tenaga, daya hidup, mengatasi masalah keletihandan mencergaskan badan.
6. Guarana membantu dalam mengembalikan kecantikan wajah seri kulit.

Pengambilan

2 – 4 kapsul sehari sebelum makan (untuk serapan yang lebih baik). Dosej boleh diubah mengikut keperluan badan dan minum lebih banyak air. Sesiapa yang menghidapi masalah ulser gastric atau ulser duodenal, sila ambil selepas makan.

Kecantikan dengan Guarana

1. Basuh muka dengan pembersih muka
2. Ambil 2 biji kapsul Guarana dan campurkan dengan “toner” atau “lift activator” yang secukup dan gaul sehingga rata (sebati).
3. Sapukan campuran Guarana pada muka lebih kurang 30 minit atau sehingga kering.
4. Bilas dengan air dan lap dengan tuala muka yang bersih.
5. Sapukan “toner” dan pelembap yang sesuai.

No comments: